星期四, 8月 09, 2018

KARANGAN MELAYU 2 【PERKARA YANG MENYESAL DALAM KEHIDUPAN SAYA】

       “Apabila anda melalui jambatan ini dan mengimbas kembali peristiwa yang berlaku di sini, apakah perasaan anda pada ketika itu?” Semasa saya mengingatkan perkataan ini, air mata saya akan keluar dan hati saya berasa kesal. Kenapa? Sebab saya telah melakukan sesuatu yang sangat kesal dan hal ini menyebabkan kehilangan isteri yang saya cintai. Oleh itu, apabila saya mengingatkan perkara ini, saya akan berasa sakit hati.

       Cerita ini berlaku pada tiga tahun yang lalu. Pada ketika itu, saya baru saja lulus dalam pengajian PDRM. Saya juga berasa bertuah kerana saya boleh berkhidmat di `balai polis yang berdekat dengan rumah saya dan berpangkat ASP. Pada tahun yang sama, saya juga telah berkhawin dengan teman wanita yang saya cintai selama empat tahun. Hal ini boleh dinyatakan adalah dirahmati oleh Tuhan.

       Setelah berkhidmat di balai selama tiga bulan, saya telah menaik pangkat menjadi DSP. Selain itu, pegawai atas saya mencadang saya bertukar tempat kerja dan memasuki pasukan gerak khas di Ibu Pejabat Bukit Aman. Bukan itu sahaja, kalau berkhidmat di sana, saya dapat menjadi anak buah kepada cikgu saya, iaitu Dato Helmi. Beliau adalah berpangkat SAC dan komander dalam unit gerak khas ini.

       Selepas berbincang dengan isteri saya tentang hal ini, kita telah mengambil tindakan berpindah ke Kuala Lumpur dan saya juga telah berjaya memasuki unit gerak khas yang di bawah pimpinan Dato Helmi. Apabila saya memasuki unit ini pada hari yang pertama, saya mendapat tahu bahawa anak Dato Helmi adalah pegawai saya dan berpangkat Superintendent. Namanya Jeffri dan muda dari saya tiga tahun. Namun, saya tidak cemburu atas kejayaan beliau. Hal ini demikian kerana Tuan Jeffri menghabiskan pengajian di PDRM lebih awal dari saya. Pada masa yang sama, beliau menyiasat kes-kes yang besar dari saya dan menyelesaikan siasatan dengan sekelip mata sahaja.

       Masa berlalu begitu cepat. Saya telah berkhidmat di unit ini selama tiga tahun. Pada masa yang sama, pangkat saya telah menaik menjadi ACP manakala Tuan Jeffri telah menggantikan Dato Helmi dan menjadi komander unit gerak khas, serta menaik pangkat menjadi SAC. Ini boleh dinyatakan adalah sesuatu yang gembira dan bangga. Saya berasa bertuah kerana dapat memasuki satu unit polis yang hebat.

       Pada suatu hari, apabila isteri saya sedang membuat kerja di rumah. Tiba-tiba, dia pengsan di rumah. Kebetulan jiran saya melalui rumah saya dan menampak kejadian ini. Dia terus menghantar isteri saya ke hospital dan terus menelefon saya menceritakan kejadian ini berlaku. Selepas habis kerja saya, saya terus pergi ke hospital.

       Doktor memberitahu saya bahawa isteri saya tidak apa, tetapi dia telah menghidap penyakit kancer hati dan ini adalah penggal terakhir. Semasa saya mendengar berita ini, saya berasa sakit hati dan emosi saya semakin menurun. Saya terus tanya doktor, adakah penyakit ini dapat dirawati. Malah, doktor berrjawab bahawa penyakit ini tidak dapat dirawati dan hanya boleh makan ubat untuk menghalang penyakit ini meneruskan menjadi semakin teruk. Apabila saya mendengar jawapan dari doktor, perassan saya terus menjadi mendung. Lagipun, saya tidak tahu bagaimana menceritakan kepada isteri saya.

       Selepas menenangkan hati saya, saya bercerita secara terus terang kepada isteri saya. Apabila isteri saya mendengar berita ini, perasaan dia sama dengan saya. Tetapi dia terus menghiburkan hati saya dan memberitahu saya bahawa dia akan berani menghadap penyakit ini. Apabila saya mendengar apa yang dikatakan oleh isteri saya, hati saya terus menjadi selesa dan perassan saya telah mula keluar matahari.

       Pada suatu pagi selepas tiga bulan kemudian, saya seperti biasa pergi bekerja dan isteri saya berada di rumah. Semasa saya sampai di pejabat, saya telah diberitahu oleh Tuan Jeffri bahawa Ketua Polis Negeri akan mengadakan mesyuarat agung pada pagi hari ini. Oleh itu, saya mesti bersiap sedia kerana saya adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengawal komputer.

       Sebelum mesyuarat bermula, isteri saya menelefon saya dan mengatakan bahawa dia ingin keluar membeli makanan. Selepas isteri saya mengatakan begitu, saya hanya mengingatkan dia supaya berhati hati di jalan raya dan menjaga keselamatan diri. Seterusnya, saya terus masuk ke bilik mesyuarat dan memadam bunyi telefon bimbit saya.

       Semasa mesyuarat sedang menjalankan, tiba-tiba DSP Kumar memasuki bilik mesyuarat mencari saya. Saya tanya dia apa telah berlaku kerana saya sedang mesyuarat. DSP Kumar mengatakan bahawa anak buah saya menemui satu mayat di bawah jambatan Jalan Bunga Mawar.

       Apabila saya mendengar berita ini, saya ingat perkara ini tidak akan menjadi. Namun demikian, saya terus meminta kebenaran dari Tuan Jeffri untuk keluar sekejap. Apabila Tuan Jeffri mengetahui perkara ini, beliau terus mengizinkan saya keluar.

       Apabila saya sampai di tempat kejadian dan nampak mayat itu, perasaan saya telah menjadi mendung. Kenapa? Sebab mayat itu adalah isteri kesayangan saya. Menurut saksi, semasa isteri saya sedang berjalan ke tempat makan. Tiba-tiba, dia berasa pening kepala dan terjatuh dari jambatan ini.

       Disebabkan hal ini berlaku, semua orang perkenalan saya semasa menjumpa saya dan terus tanya saya satu soalan, iaitu “Apabila anda melalui jambatan ini dan mengimbas kembali peristiwa yang berlaku di sini, apakah perasaan anda pada ketika itu?” Konklusinya, ini adalah perkara yang menyesal dalam kehidupan saya.

沒有留言:

發佈留言